Search This Blog

Monday, April 19, 2010

Membina Rumah Impian Anda.......cadangan K.W.S.P





Selain daripada membeli, anda mungkin bercadang untuk membina rumah impian anda. Jika anda berkemampuan, mengapa tidak? Kelebihan membina rumah sendiri ialah ia boleh dibina mengikut spesifikasi anda sendiri, dan ini dapat mengelakkan keperluan untuk sebarang kerja pengubahsuaian.
Namun begitu, anda dinasihatkan untuk membuat belanjawan sebelum memulakan projek membina rumah impian anda. Tentu sekali lebih mudah bagi anda sekiranya anda sudah mempunyai tanah untuk membina rumah tersebut.
Sekiranya anda membeli sebidang tanah untuk tujuan membina rumah di atas tanah tersebut, anda perlu memastikan harga belian tanah dan kos membina rumah digabungkan sebagai satu pakej. Sebagai contoh, jika anda membuat pinjaman bank, pinjaman tersebut perlu menggabungkan kedua-dua pembelian tanah dan pembinaan rumah. Ini penting sekiranya anda bercadang untuk menggabungkan kos keseluruhan (tanah dan rumah) di dalam permohonan pengeluaran KWSP anda. Jika tidak, permohonan anda akan hanya dinilai berdasarkan kos pembinaan rumah sahaja.


No comments:

Post a Comment